BIL |
ISI |
TINDAKAN |
|
|
|
1.0 |
Ucapan Aluan
Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua dan meminta semua untuk membacakan
surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan. |
Info |
2.0 |
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 2/2004 disahkan dan disokong oleh RBS. |
Info |
3.0 |
Laporan Kewangan |
|
3.1 |
Tuan Bendahari membentangkan kedudukan kewangan berakhir Mac 2004 seperti di dalam lampiran A dan B. Laporan kewangan disahkan dan disokong oleh YFA. |
Info |
3.2 |
RMD meyerahkan borang dan kad tukar tandatangan akaun semasa BIMB surau kepada ANJ untuk diambil tindakan selanjutnya. |
ANJ |
4.0 |
Laman Web Surau Al-Amin |
|
4.1 |
Tuan Pengerusi mengumumkan bahawa beliau telah membina laman web Surau di alamat
http:/al-amin.tripod.com dan perlukan pandangan semua berhubung rekabentuk dan pengisiannya. |
|
5.0 |
Biro Kebajikan, Penyelenggaraan Dan Kebersihan |
|
5.1 |
RZM memaklumkan bahawa program gotong royong akan diadakan pada 18/04/2004. Peralatan gotong royong perlu
dibawa sendiri. |
Info |
5.2 |
RZM mencadangkan agar papantanda perlu diadakan di sekitar kawasan Surau.
RKM juga menambah bahawa papantanda penunjuk arah perlu diadakan di simpang Jalan 6 bagi memudahkan tetamu luar
ke Surau. |
Info |
5.3 |
RZM meminta agar Surau dilengkapkan dengan kemudahan peralatan dan kelengkapan asas bagi memudahkan kerja-kerja
penyelenggaraan. |
RZM |
5.4 |
Tuan pengerusi memutuskan bahawa skim insuran khairat kematian perlu diuruskan oleh Biro Ekonomi dan pengurusan
jenazah sahaja diuruskan kepada Biro Kebajikan. |
Info |
6.0 |
Biro Dakwah Dan Pendidikan |
|
6.1 |
Kuliah ilmu yang telah dirancang akan diteruskan seperti senarai di bawah:
Isnin Hadith 40
Rabu Tafsir
Khamis Bacaan Surah Yasin
Ahad Kuliah Subuh |
Info |
6.2 |
MFI mencadangkan agar kuliah Feqah perlu ditambah di dalam senarai kuliah ilmu.
Mesyuarat mencadangkan hari Sabtu dipilih untuk tujuan tersebut. |
Info |
6.3 |
MSR memaklumkan bahawa Buletin bulanan surau akan dihidupkan semula dan naskah pertama tahun 2004 akan
dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 April 2004. |
Info |
7.0 |
Biro Ekonomi Dan Pembangunan |
|
7.1 |
RKM memaklumkan bahawa kutipan derma akan dijalankan pada 3 dan 4 April 2004. Ketua lorong akan dilantik
bagi memudahkan kutipan. |
Info |
7.2 |
Tuan Pengerusi mengarahkan Biro untuk mendapatkan sesalinan pelan bangunan Surau dari Pengerusi JKKK bagi tujuan
cadangan pembesaran Surau. |
RKM |
7.3 |
Tuan Pengerusi mengarahkan agar satu taklimat berhubung dengan Skim Insuran Khairat Kematian diaturkan untuk
memaklumkan penduduk tentang kebaikan skim tersebut. |
RKM/MSR |
|
|
|
|
|
|
8.0 |
Biro Remaja Dan Riadah |
|
8.1 |
RBS mencadangkan agar diadakan ‘indoor game’ untuk mendekatkan
remaja dengan Surau. |
Info |
8.2 |
SHK mencadangkan agar ibubapa membawa anak-anak mereka ke Surau untuk memberikan pendedahan awal. |
Info |
9.0 |
Lain-lain Hal |
|
9.1 |
RKM memaklumkan bahawa kehadiran di dalam majlis Kuliah Subuh amat mendukacitakan dan meminta agar semua AJK
dapat mengimarahkan majlis tersebut. |
AJK |
9.2 |
HJA ingin mendapatkan kepastian akan urusan kematian di Desa Mahkota dan saluran yang perlu diikut semasa terjadinya
satu-satu kematian.
Tuan Pengerusi menyatakan bahawa buat masa ini urusan kematian di kawasan Desa Mahkota masih diuruskan oleh
AJK Masjid Sg Kembung Hilir. Tuan Pengerusi menyatakan bahawa Tuan Nazir dan
Ketua Kampung atau beliau sendiri boleh dimaklumkan jika berlaku satu-satu kematian.
Berikut adalah no talipon yang boleh dihubungi:-
Tuan Nazir Hj Anuar
019-229 7459
Ketua Kampung, En Mansor 012-322 6942 |
Info |
9.3 |
RKM mencadangkan agar diadakan tabung derma di Surau untuk memudahkan jemaah menderma/bersedekah.
Peti besi atau kotak derma yang akan diadakan perlulah kukuh dan static bagi menghalang ianya diceroboh atau
dicuri seperti yang berlaku pada kotak derma yang terdahulu. |
Info |
10.0 |
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:20 malam dan akan bersambung pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
|
Info |