 |
|
 |
Laman ini memberi peluang untuk memperkenalkan semua ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin dan tugas-tugas mereka.
|
 |
a) Pengerusi
- Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan.
- Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa.
- Meneliti catatan mesyauarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah diambil tindakan.
- Membincang dan merancang aktiviti tahunan.
- Memastikan semua aktiviti berjalan dan menepati sasaran.
- Memberi maklumat kepada Nazir Masjid tentang kemajuan Surau
b) Naib Pengerusi
- Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Mengambil alih semua tugas pengerusi, jika pengerusi tiada.
Menggantikan Pengerusi dalam mengendalikan mana - mana mesyuarat apabila
ketiadaan Pengerusi tiada.
Memantau gerak kerja dan semua aktiviti setiap biro.
Mengemaskini Laman Web dan aktikel-aktikel yang disediakan oleh setiausaha.
c) Setiausaha
- Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada AJK atau penduduk.
- Menyediakan laporan.
- Menjemput AJK untuk menghadiri mesyuarat.
- Membentuk bulitin bulanan dan mengedarkan kepada penduduk.
- Menyediakan surat resmi untuk kemajuan surau.
d) Bendahari
- Megemaskinikan dan membentangkan laporan kewangan setiap bulan.
- Melaporkan kedudukan kewangan yng disahkan dipapan kenyataan Surau.
- Mengutip yuran dengan pengetahuan dan persetujuan Pengerusi.
- Membuat buku akaun bank atas 3 penama yangmana 2 penama boleh diterima
untuk menandatangani cek.
- Menerima sebarang kutipan atau sumbangan kewangan daripada mana-mana
biro.
e) Juru
Audit
- Mengesahkan laporan kira-kira setiap tahun.
f)
Ahli Jawatankuasa
- Ahli jawatankuasa surau terbahagi kepada biro-biro
yang dilantik untuk membantu dan mempertingkatkan kemajuan surau. Semua biro-biro hendaklah saling berkerjasama untuk menjayakan
setiap aktiviti dan majlis ilmu.
- Biro
Kebajikan, Penyelenggaraan dan Kebersihan.
- Biro
Dakwah dan Pendidikan.
- Biro
Ekonomi dan Pembangunan.
- Biro
Remaja Dan Riadah.
SENARAI PENUH AJK
|
|
|
|
|
Surau Al-amin, Desa Mahkota Bangi, 43000 Kajang, Selangor D.E.
|
|