SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI, KAJANG, SELANGOR D.E.

Minit 4/2004
Home
Archive
Ahli Jawatankuasa
Pegawai-pegawai Surau
Biro Kebajikan, Penyelengaraan dan Kebersihan
Biro Dakwah dan Pendidikan
Biro Ekonomi dan Pembangunan
Biro Remaja Dan Riadah
Religious Links
Hubungi kami

SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI

MINIT MESYUARAT AJK BIL 4/2004

 

TARIKH             : 28hb April 2004

MASA                : 9:10 p.m.

TEMPAT            : Surau Al-Amin

 

Kehadiran:

1

Sdr Shaari Mohamad

SHM-Pengerusi

2

Sdr Yussuf Arshad

YFA-Tim Pengerusi

3

Sdr Rusli Hj Mohd Darus

RMD-Setiausaha

4

Sdr Awang Nor Jusoh

ANJ

5

Ustaz Muhammad Subari Ramli

MSR

6

Sdr Jamil Mohd Baki

JMB

7

Sdr Rosli Kamiran

RKM

8

Sdr Mohd Zamri Hj Sujak

MZS

9

Sdr Norzali Hj Nordin

NHN

10

Tn Hj Ahmad Nasaruddin

ANS

11

Sdr Shaidi Kamaruddin

SHK

12

Sdr Raub Hj Salleh

RBS

13

Sdr Zakaria Othman

ZKO

 

Tidak Hadir

1

Ustaz Mohamad Fuad Ishak

MFI

2

Sdr Harith Yaacob

HRY

3

Sdr Sidek Omar

SDO

4

Sdr Sahar Latif

SLF

5

Sdr Razman Mohamad

RZM

6

Sdr Juraimi Selamat

JUS

7

Pn Salamah

SAL

8

Pn Faridah

FAR

 

BIL

ISI

TINDAKAN

 

 

 

1.0

Ucapan Aluan

Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua dan meminta semua untuk membacakan surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan dan memaklumkan bahawa Ust Fuad kurang sihat dan meminta semua mendoakan agar beliau cepat sembuh. 

 

Info

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 3/2004 disahkan dan disokong oleh MSR dan NHN.

 

Info

3.0

Laporan Kewangan

 

3.1

Pembentangan kewangan berakhir April 2004 ditunda ke mesyuarat akan datang.

Info

3.2

RMD meyerahkan borang dan kad tukar tandatangan akaun semasa BIMB surau kepada ANJ untuk diambil tindakan.  Tiada laporan selanjutnya.

ANJ

3.3

Biro ekonomi melapurkan kutipan bulanan bagi bulan April adalah sebanyak RM766-00 dan sejumlah RM208-00 telah dibelanjakan untuk aktiviti Surau dan baki RM558-00 diserahkan kepada Tuan Bendahari.

Info

3.4

Tuan Pengerusi mencadangkan agar laporan terkini perlu disediakan pada setiap kutipan untuk tujuan rekod sebelum diserahkan kepada tuan bendahari.

Biro Ekonomi

4.0

Laman Web Surau Al-Amin

 

4.1

Tuan Pengerusi meminta pandangan semua AJK berhubung pengisian laman web yang diadakan.

AJK

5.0

Biro Kebajikan, Penyelenggaraan Dan Kebersihan

 

5.1

Gotong royong telah dijalankan pada 18/04/2004 dan berjalan dengan lancar.

Info

5.2

Papantanda di tandas Surau telah dipasang dan papantanda penunjuk arah sedang dirancang di simpang Jalan 6 bagi memudahkan tetamu luar ke Surau.

Info

5.3

Tuan pengerusi meminta senarai peralatan yang perlu disediakan di Surau bagi menganggarkan jumlah budget.

Biro

6.0

Biro Dakwah Dan Pendidikan

 

6.1

Kuliah ilmu yang telah dirancang akan diteruskan seperti senarai di bawah:

Isnin         Hadith 40

Khamis      Bacaan Surah Yasin

Ahad         Kuliah Subuh

                Tafsir (Ditangguhkan sehingga Ust Fuad sihat)

Info

6.2

Kuliah Feqah masih di dalam perancangan.

Info

6.3

MSR memaklumkan bahawa naskah sulong Buletin Bulanan Surau akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 15 Mei 2004.

Info

7.0

Biro Ekonomi Dan Pembangunan

 

7.1

RKM memaklumkan bahawa kutipan derma telah dijalankan pada 3 dan 4 April 2004 serta ketua lorong telah dilantik bagi memudahkan kutipan.  Berikut adalah senarai ketua lorong:-

Jalan 1             Rosli Kamiran

Jalan 3             Razman

Jalan 6&7         Yussuf

Jalan 5             Borhan

Jalan 4&8         Norzali

Jalan 2&Utama  Jamil

Info

7.2

Mesyuarat bersetuju kutipan akan dijalankan dua bulan sekali.  Tuan Setiausaha diarahkan untuk membuat satu surat pekeliling memberitahu penduduk tentang program kutipan derma dwi bulanan tersebut.

RMD

7.3

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pelan asal Surau tiada di dalam simpanan Pengerusi JKKK tetapi pada Pemaju.  Tuan Pengerusi juga memaklumkan pihak JKKK ada merancang untuk membuat pembesaran Surau pada bahagian hadapan sebanyak 20 kaki lagi.

RKM

7.4

Taklimat berhubung dengan Skim Insuran Khairat Kematian ditangguhkan sehingga semua nama isi penduduk Desa Mahkota disenaraikan dan diserahkan kepada MSR.

RKM/MSR

8.0

Biro Remaja Dan Riadah

 

8.1

Tuan pengerusi meminta agar biro dapat memikirkan caramana yang terbaik untuk mendekatkan remaja dengan Surau.  Beliau juga meminta agar cadangan-cadangan dari pihak biro dapat disenaraikan untuk dinilai keberkesanannya.

Info

8.2

RHS memaklumkan jika sukan ‘indoor game’ hendak dilaksanakan, penduduk DM perlu dimaklumkan secara menyeluruh dan satu budget perlu disediakan untuk penyediaan kemudahan asas seperti meja ping-pong, bola dan sebagainya.

 

8.3

SHK mencadangkan agar ibubapa dapat membawa anak-anak mereka ke Surau untuk memberikan pendedahan awal.

Info

9.0

Lain-lain Hal

 

9.1

RKM memaklumkan bahawa kehadiran di dalam majlis Kuliah Subuh masih tidak memberangsangkan dan meminta agar semua AJK dapat mengimarahkan majlis tersebut.

AJK

9.2

Tuan Pengerusi meminta agar cadangan rekabentuk tabung derma di Surau dibuat untuk penilaian semua.

Info

10.0

Sambutan Maulidurrasul

 

10.1

Mesyuarat bersetuju agar majlis sambutan diadakan pada 9 Mei 2004.

Info

10.2

Tuan pengerusi memaklumkan Sdr ingin mengadakan majlis Aqiqah anak beliau di Surau dan meminta pihak Surau menguruskan penyembelihan seekor kambing.

Info

10.3

Berikut adalah jadual program pada hari tersebut:-

Info

 

2:00pm          

2:45pm           

Lepas Maghrib

 

Lepas Isyak 

Gotong royong menyembelih kambing.

Gotong royong masak-memasak.

Ceramah oleh Ust Shahruddin Saad, KISDAR.

(Ust Subari akan menyediakan surat jemputan)

Jamuan makan malam.

 

10.4

JMB bertanggung jawab memaklumkan kepada Imam Abas untuk peyembelihan.

JMB

10.5

RKM dipertanggungjawabkan menyediakan bahan-bahan untuk masakan dan memaklumkan kepada Sdr Yassin untuk mengetuai gotong royong masak-memasak.

Berikut adalah senarai menu masakan:-

a.  Nasi putih

b.  Korma kambing

c.  Ayam goreng kunyit

d.  Acar timun

e.  Ikan masin bulu ayam goring

f.  Buah-buahan

g.  Air sirap limau dan teh o panas

 

10.6

Tuan Pengerusi akan menguruskan penyediaan khemah.

 

10.7

Tuan Setiausaha diarahkan untuk membuat satu surat jemputan kepada semua.

RMD

10.8

Tuan Pengerusi meminta kerjasama semua AJK untuk menjaya program ini.

AJK

11.0

Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:40 malam dan akan bersambung pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

 

 

Info

 

 

 

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

 

 

 

 

 

RUSLI HJ MOHD DARUS

Setiausaha

 

 

 

 

 

SHAARI MOHAMMAD

Pengerusi