BIL |
ISI |
TINDAKAN |
|
|
|
1.0 |
Ucapan Aluan
Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua dan meminta maaf
kerana memaklumkan pada masa yang singkat dan meminta semua membaca surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan. |
Info |
2.0 |
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 4/2004 disahkan dan disokong oleh NHN dan RKM. |
Info |
3.0 |
Laporan Kewangan |
|
3.1 |
ANJ membentangkan kedudukan kewangan surau seperti berikut:-
Tunai 1353.49 setakat 31/08/2004
BIMB 910.34 setakat 31/07/2004
Jumlah 2263.83 |
Info |
3.2 |
RKM memaklumkan kutipan bulan Ogos seperti berikut:-
Jumlah
402.00
Komisen Jurukutip
42.00
Baki ke akaun
360.00
Tambah
2258.83
Jumlah Baki Semasa
2618.83 |
|
3.3 |
RKM memaklumkan sumbangan Bil Air sebanyak RM500.00 telah diterima daripada Sdr Yussuf dan
dibayar kepada PUAS Bhd. Mesyuarat juga bersetuju untuk menjelaskan baki tunggakan
bil air dan api sebanyak lebih kurang RM550.00. |
|
3.4 |
Penandatangan akaun semasa BIMB surau masih belum dipinda. |
ANJ |
4.0 |
Laman Web Surau Al-Amin |
|
4.1 |
RMD diminta untuk membantu Tuan Pengerusi mengemaskini laman web surau. |
AJK |
5.0 |
Sambutan Israk Dan Mikraj |
|
5.1 |
Mesyuarat bersetuju agar majlis sambutan diadakan pada 12 September 2004. |
Info |
5.2 |
Tuan pengerusi memaklumkan penceramah jemputan akan diaturkan oleh Ust Subari. |
Info |
5.3 |
Mesyuarat bersetuju untuk megadakan gotong royong masak memasak pada hari itu dengan bajet
lebih kurang RM600.00 |
Info |
5.4 |
RKM dipertanggungjawabkan menyediakan bahan-bahan untuk masakan.
Berikut adalah senarai menu masakan:-
a. Nasi putih
b. Ayam masak korma - 20 ekor
c. Kacang panjang
d. Ikan masin
e. Sambal belacan
f. Tembikai
g. Air sirap limau dan teh o suam |
Info |
5.5 |
Tuan Pengerusi akan menguruskan penyediaan khemah. |
|
5.6 |
Tuan Setiausaha diarahkan untuk membuat satu surat jemputan kepada semua. |
RMD |
5.7 |
Tuan Pengerusi meminta kerjasama semua AJK untuk menjaya program ini. |
AJK |
6.0 |
Biro Kebajikan, Penyelenggaraan Dan Kebersihan |
|
6.1 |
Gotong royong akan diadakan pada 12/09/2004 untuk membersihkan surau. |
Info |
6.2 |
Papantanda di tandas Surau telah dipasang dan papantanda penunjuk arah juga telah dipasang
bagi memudahkan tetamu luar ke Surau. |
Info |
6.3 |
Tuan pengerusi masih belum menerima senarai peralatan yang perlu disediakan di Surau bagi
menganggarkan jumlah budget. |
Biro |
7.0 |
Biro Dakwah Dan Pendidikan |
|
7.1 |
Kuliah ilmu yang telah dirancang akan diteruskan seperti senarai di bawah:
Isnin Hadith
40
Khamis Bacaan Surah Yasin
Ahad Kuliah
Subuh
Tafsir (Ditangguhkan sehingga Ust Fuad sihat) |
KIV |
7.2 |
Kuliah Feqah masih di dalam perancangan. |
KIV |
7.3 |
MSR memaklumkan bahawa naskah sulong Buletin Bulanan Surau akan dikeluarkan selewat-lewatnya
pada 15 Mei 2004. |
KIV |
8.0 |
Biro Ekonomi Dan Pembangunan |
|
8.1 |
Mesyuarat bersetuju bahawa kutipan dwi-bulanan akan disubkan kepada Sdr Mohd Hashim Sahar
dengan komisen sebanyak 10 peratus. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan
TAG PENGENALAN untuk Sdr Hashim untuk dipakai semasa membuat kutipan. |
Info |
8.2 |
Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pelan asal Surau tiada di dalam simpanan Pengerusi JKKK
tetapi ada pada Pemaju. Tuan Pengerusi juga memaklumkan pihak JKKK ada merancang
untuk membuat pembesaran Surau pada bahagian hadapan sebanyak 20 kaki lagi. |
KIV |
8.3 |
Taklimat berhubung dengan Skim Insuran Khairat Kematian ditangguhkan sehingga semua nama isi
penduduk Desa Mahkota disenaraikan dan diserahkan kepada MSR. |
KIV |
9.0 |
Biro Remaja Dan Riadah |
|
9.1 |
Tuan pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perkembangan yang sihat yang mana anak-anak ada
datang bersolat di surau. Diharap akan ada lagi rakan-rakan remaja yang lain
mengikut langkah itu. |
Info |
9.2 |
RHS memaklumkan jika sukan ‘indoor game’ hendak dilaksanakan, penduduk DM perlu
dimaklumkan secara menyeluruh dan satu budget perlu disediakan untuk penyediaan kemudahan asas seperti meja ping-pong, bola
dan sebagainya. |
KIV |
9.3 |
SHK mencadangkan agar ibubapa dapat membawa anak-anak mereka ke Surau untuk memberikan pendedahan
awal. |
Info |
10.0 |
Lain-lain Hal |
|
10.1 |
RKM memaklumkan bahawa kehadiran di dalam majlis Kuliah Subuh masih tidak memberangsangkan
dan meminta agar semua AJK dapat mengimarahkan majlis tersebut. |
AJK |
11.0 |
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6:20 petang dan akan disambung pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
|
Info |