AL-SYAIKH Daud bin al-Syaikh
Abdullah al-Fatani, dalam kitabnya Jam'ul-Fawaid, mencatatkan bulan Rajab, Sya'ban dan Ramadhan adalah sebagai bulan-bulan yang
mulia dan terkemuka di antara bulan-bulan yang lain. Ketiga-tiga bulan itu, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri
dalam aspek darjat kebesaran dan keberkatan serta nilai sejarahnya.
Bulan Rasulullah :
Sabda
Rasulullah SAW, "Sya'ban itu bulanku manakala Ramadhan itu bulan umatku. Sya'ban ialah yang mengkifartkan dan Ramadhan itu
yang menyucikan".
Ternyata sekali baginda Rasulullah SAW meletakan
bulan Sya'ban itu di samping bulan Ramadhan _ pada darjat yang lebih tinggi daripada bulan-bulan yang lain, khususnya untuk
baginda sendiri. Dalam Hadith lain, baginda Rasulullah SAW bersabda, "Sucikan diri kamu dalam bulan Sya'ban dan elokkan niat
kamu untuknya. Sesungguhnya kelebihan bulan Sya'ban daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku daripada kamu".
Mengikut riwayat yang lain, baginda Rasulullah
SAW bersabda, "Kelebihan bulan Rajab daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab-kitab yang lain,
manaka kelebihan bulan Sya'ban daripada bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku daripada nabi-nabi yang lain, dan kelebihan
bulan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain , seperti kelebihan Allah daripada seluruh makhluk".
Mengikut Aisyah r.a., "Bulan yang paling disayangi oleh Nabi SAW ialah bulan
Sya'ban".
Perkataan sya'ban dan takrifnya:
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat, "Tahukah kamu kenapa
bulan ini dinamakan 'Sya'ban'?". Sembah para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya terlebih mengetahui". Sabda baginda Rasulullah
SAW, "Sebabnya, dalam bulan ini "bercabang-cabang" dan amat banyak kebajikan",
Kalimah sya'ban itu (dalam huruf jawi) merupakan akronim yang mengandungi lima
huruf :
syin (sy) daripada kalimah syarfun, bererti kemuliaan; 'ain ( ' ) daripada kalimah 'ulwun, bererti ketinggian; ba' (b) daripada kalimah birrun,
bererti kebajikan;
alif
(a) daripada kalimah alfah, bererti berjinak-jinak; manakala nun (n) daripada
kalimah nurun, bererti cahaya. Kelima-lima keadaan (maksud kalimah-kalimah yang di- wakili oleh tiap-tiap huruf dalam kalimah sya'ban) itu adalah kurniaan Allah SAW kepada hambanya khusus dalam bulan Sya'ban.
Kelebihan Berpuasa Dalam Bulan Sya'ban:
Baginda Rasulullah SAW mengamalkan ibadat puasa dalam bulan Sya'ban sepenuhnya, sedangkan dalam bulan-bulan yang lain,
kecuali Ramadhan, baginda tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan Usamah bin Zaid r.a berkata kepada baginda Rasululla
SAW, "Ya Rasulullah. Aku lihat engkau berpuasa sepanjang bulan Sya'ban, tetapi tidak demikian pada bulan-bulan yang lain kecuali
bulan Ramadhan".
Untuk menjelaskan hal itu, baginda Rasulullah
SAW bersabda, "Bulan yang dilupai oleh segala manusia ialah bulan antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan (bulan Sya'ban). Bulan
inilah diangkat segala amal manusia dan aku sukacita amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa".
- Puasa Sehari atau Sebulan:
Baginda Rasulullah SAW bersabda, "Siapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'ban, diharamkan oleh Allah tubuhnya daripada api neraka; dia menjadi
kawan kepada nabi Yusuf di dalam syurga dan diberi pahala nabi Ayub dab nabi Daud. Jika dia
berpuasa cukup sebulan, akan dimudahkan dia menghadapi sakartul-maut, terlepas
daripada kegelapan di dalam kuburnya, terselamat daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup oleh Allah kemaluannya pada
hari kiamat dan diwajibkan kepadanya syurga".
Tersebut dalam kitab
al-barakah, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, "Siapa berpuasa pada hari Khamis awal dan akhir bulan Sya'ban, maka
Allah akan memasukkannya ke dalam syurga".
Baginda Rasulullah SAW
bersabda, "Puasa bulan Sya'ban adalah perisai (pelindung) daripada api neraka. Dan, sesiapa ingin berjumpa denganku, berpuasalah
selama tiga hari".
Anas r.a. meriwayatkan,
bahawa Nabi SAW pernah ditanya. "Apakah puasa yang afdhal?". Sabdanya, "Puasa
Sya'ban kerana membesarkan bulan Ramadhan. Untuk berpuasa Ramadhan, sucikanlah diri kamu dengan puasa Sya'ban. Seorang hamba
Allah yang berpuasa tiga hari dalam bulan Sya'ban, kemudian dia mengucap salawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, nescaya
diampuni Allah dosanya yang lalu dan diberkati rezkinya".
Tersebut dalam kitab al-Barakah: bahawasanya jin, burung, segala binatang buas dan ikan di laut berpuasa pada hari
Nisfu Sya'ban
.
Malam Nisfu Sya'ban:
Kalau bulan Rejab
terkenal dan dimuliakan kerana peristiwa Isra' dan Mi'raj, bulan Sya'ban pula dimuliakan kerana Malam Nisfu Sya'ban (Malam 15 Sya'ban).
- Nama-nama lain:Ulama mengatakan, malam Nisfu
Sya'ban itu banyak namanya. Mengikut Abul-Khair, tidak kurang daripada dua puluh namanya. Di antaranya ialah:
·
Lailatul-Mubarakah (Malam keberkatan);
·
Lailatul- Qismah wal-Taqdir (Malam pembahagian dan penentuan);
·
Lailatul- Takfir (Malam mengkifaratkan dosa);
·
Lailatul-Ijabah (Malam di- perkenankan doa);
·
Lailatul-'idil-Malaikah (Malam raya bagi para malaikat);
·
Lailatul-Syafaah (Malam syafa'at);
·
Lailatul-Baraah (Malam kelepasan atau pelepasan) dan
·
Lailatul-Hayat (Malam hidup) - tidak dimatikan seseoramg antara waktu Maghrib dan Isya', iaitu orang yang menghidupkan malamnya.
Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban :
Sabda Rsulullah SAW, "Sesiap yang menghidupkan malam
Nisfu Sya'ban dan dua malam raya (Fitri dan Adha), tidak dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati".
Berhubung dengan nama Lailatul-Baraah itu, al-Syaikh Daud al- Fatani mencatatkan dalam kitabnya Jam'ul-Fawaid :
Ketahui olehmu, bahawsanya malam Nisfu Sya'ban
itu dinamakan Malam Baraah (Lailatul-Baraah) karena bahawasanya barangsiapa mengerjakan taat akan
Allah Taala pada demikian malam itu diberikan surat baraah daripada api neraka yakni surat kelepasan daripada api neraka.
- Malam-malam yang Sedarjat:
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW, Malam Nisfu Sya'ban termasuk dalam senarai yang dikategorikan sebagai malam
istimewa bersama dengan Malam al-Qadar (Lailatul-Qadr), Malam Arfah, Malam Fitrah (Malam Raya Puasa) dan Malam Nahar (Malam Raya Adha atau Raya Korban).
- Pintu Rahmat dan Keampunan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jibril
a.s telah datang menemuiku pada malam Nisfu Sya'ban dan berkata, 'Dongakkan kepala engkau ke langit'. Kataku, 'Apa halnya
malam ini?'. Katanya, 'Inilah malam yang dibukakan oleh Allah tiga ratus daripada pintu-pintu rahmat, diampuni Allah orang-orang
yang tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang mengekalkan zina atau minum arak'"
- Mengikut riwayat yang lain, baginda
Rasulullah SAW bersabda, "Allah menilik segala makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu diampuni-Nya segala makhluk-Nya,
melainkan orang musyrik dan orang yang tidak bercakap (tidak bertegur-sapa) dengan saudaranya".
Baginda Rasulullah SAW
bersabda lagi, "Apabila tiba malam Nisfu Sya'ban, sembahyanglah kamu pada malamnya dan puasalah kamu pada siangnya. Bahawasanya
Allah Taala berfirman, 'Adakah orang yang meminta ampun? Aku ampunkan dia; adakah orang yang kena bala' (sakit)? Aku
afiatkan (sembuhkan) dia; adakah orang yang meminta rezki?
Aku kurniakan rezki kepadanya; Adakah dan .Adakah ....?' hingga waktu Subuh".
Hamba Allah
yang Ditutup Pintu Keampunan:
- orang yang mensyirikkan Allah (musyrik) ,
- orang yang tidak bertegur sapa dengan sadaranya,
tukang sihir, ahli nujum (kahin),
- orang yang mengekalkan zina
- orang yang mengekalkan minum arak.
Dalam hadis-hadis yang lain ditambahkan lagi, iaitu orang
banyak berkelahi (kaki gaduh),
orang bersumpah dusta dalam urusan peniagaannya (mudharrib), orang
yang menjadi batu api (tukang fitnah), orang yang berdendam atau menaruh benci atau marah kepada seseorang (al-dhaghayun), pembunuh orang yang tidak berdosa (haram dibunuh mengikut hukum syarak), orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa, orang yang memutuskan sillatul-rahim, pendengki (suka atau berusaha supaya
orang lain kehilangan nikmat atau kesenangan hidup).
Dalam kitab Jam'ul-Fawaid, al-Syaikh
Daud al-Fatani menyenarai- kan orang-orang tertentu yang diharamkan daripada keampunan pada malam Nisfu Sya'ban. Di antaranya
(selain daripada mereka yang tersebut di atas) ialah, orang yang mencerita hal (keburukan) orang dahulu kala ('iraf),
pengukir rupa haiwan (muSAWwir), orang yang mengambil 'usyur (makan riba), orang yang bencikan sahabat Nabi,
orang bid'ah - tamak dan haloba (musyahin), orang yang menghela selendang lalu mengkagumi dirinya ('ujub), pemain
catur (yang melalaikan), pemain gendang al-kubah (berbentuk picik
di tengah dan besar dua hujungnya), pemain kecapi (al-tunbur), tentera yang zalim dan orang yang menolong mereka.
Kelebihan
beribadat pada malam Nisfu Sya'ban:
- Tersebut dalam kitab Iqna', bahawa Jbrail a.s
datang dan berkata kepada baginda Rasulullah SAW, "Ya Muhammad, sukakan umatmu dengan mengatakan, bahasanya Allah Taala telah
mengampuni sekalian umatmu yang tidak menyengutukan-Nya dengan sesuatu. Dongakkan kepalamu".
Baginda Rasulullah SAW mendongak. Tiba-tiba
di langit kelihatan semua pintu syurga terbuka.
Dalam riwayat lain disebutkan, lapan daripada pintu-pintu syurga itu ditunggui oleh malaikat dengan tugas mereka masing-masing.
· Di pintu yang pertama, ada malaikat yang menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk
pada malam Nisfu Sya'ban.
· Di pintu kedua ada malaikat yang mendoakan kemenangan bagi orang yang sujud.
· Di pintu ketiga ada malaikat yang mendoakan kemenangan bagi orang yang berdoa.
· Di pintu keempat, ada malaikat yang
mendoakan kemenangan bagi orang yang berzikir.
· Di pintu kelima , ada malaikat yang mendoakan kemenangan bagi orang yang menangis
takutkan Allah Taala.
· Di pintu keenam, ada malaikat yang mendoakan kemenangan bagi orang yang menegerjakan
amal kebajikan.
· Di pintu ketujuh, ada malaikat yang mendoakan kemenangan bagi orang yang meminta
sesuatu, lalu diberikannya apa yang dipinta.
· Di pintu kedelapan, ada malaikat yang menyeru orang yang meminta ampun, lalu mendoakan
keampunan baginya.
"Ya Jibrail, Sampai bilakah pintu-pintu syurga
itu terbuka?", Rasulullah SAW bertanya.
"Sehingga terbit fajar", jawab Jibrail.
Amal Ibadat yang
digalakkan:
Selain puasa pada hari Nisfu Sya'ban dan puasa
pada hari-hari lain dalam bulan Sya'ban seperti yang telah disebutkan, kaum muslimin dan muslimat digalakkan juga beribadat
pada malamnya, khususnya pada malam Nisfu Sya'ban.
1. Kalimah Syahadah:
Termaktub dalam kitab Taurat, "Barangsiapa membaca: La ilaha illallahu wa la na'budu illa iyyahu mukhlisina
lahul-din walau karihal-kafirun (Tiada tuhan melainkan Allah dan tidak kami sembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas bagi agama-Nya
walaupun dibenci oleh kaum kafir) dalam bulan Sya'ban, disuratkan oleh Allah Taala baginya pahala ibadah seribu tahun dan
dihapuskan dosa daripadanya seribu tahun serta dikeluarkan cahaya seperti bulan purnama dari kubur dan mukanya".
2. Surah Yasin:
Imam Sahrurdi menganjurkan, selepas sembahyang Maghrib pada
malam Nisfu Sya'ban, bacalah surah Yasin dengan niat (memohon) Allah melanjutkan umur di dalam
taat. Selesai bacaan surah tersebut berdoalah kepada Allah. Kemudian baca lagi surah tersebut (kali kedua) dengan niat (memohon)
diluaskan Allah rezki yang halal dan dimakmurkan seluruh manusia (kaum muslimin dan muslimat). Selepas itu berdoalah pula.Seterus
nya, bacalah lagi surah yang sama (kali ketiga) dengan niat (memohon) dimatikan oleh Allah di dalam husnul-khatimah.Selesai bacaan surah Yasin kali ketiga, berdoalah pula (bacalah mana-mana doa). Sebaik-baiknya
bacalah doa khusus seperti yang terdapat kitab-kitab.
3. Istighfar:
Pada malam Nisfu Sya'ban digalakkan juga beristighfar sebanyak-banyaknya yang mungkin, untuk dirinya dan untuk kedua ibu bapanya. Sebaik-baiknya bacalah lafaz istighfar
yang disebut sebagai Penghulu Istighfar itu.
4. Salawat:
Digalakkan
juga membanyakkan bacaan salawat kepada Rasulullah SAW, sebanyak-banyak yang mungkin.
5. Tasbih, tahmid, tahlil
dan takbir:
Di samping beristighfar dan bersalawat, digalakkan juga bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir
sebanyak-banyak yang mungkin, khusus nya bacaan yang disebut sebagai al-Baqiyatul-Shalihat, iaitu Subhanallah, wal-hamdulillah,
wa la ilaha illallah, wallahu akbar atau zikir-zikir lain,
sama ada secara berama-ramai atau bersendirian.
6. Sembahyang Sunat:
Di samping berzikir, digalakkan
juga muslimin dan muslimat mengerjakan mana-mana sembahyang sunat. Di antaranya, sembahyang sunat Mutlak, sunat Awwabin, sunat hajat, sunat Tahajjud. Sebaik-baik
nya ialah sembahyang sunat Tasbih.
Kerana, mengikut ittifaq para ulama', sembahyang sunat
Tasbih adalah paling utama di antara sembahyang- sembahyang sunat yang lain.
Wallahu a'lam.
rujukan:
Daud ibni al-Syaikh Abdullah
al-Fatani, al-Syaikh, Jam'ul-Fawaid wa Jawahirul-Qalaid.
Wassalam