SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI, KAJANG, SELANGOR D.E.

Minit 6/2004

Home
Archive
Ahli Jawatankuasa
Pegawai-pegawai Surau
Biro Kebajikan, Penyelengaraan dan Kebersihan
Biro Dakwah dan Pendidikan
Biro Ekonomi dan Pembangunan
Biro Remaja Dan Riadah
Religious Links
Hubungi kami

SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI

MINIT MESYUARAT AJK BIL 6/2004

 

TARIKH             : 11hb Oktober 2004

MASA                : 9:00 p.m.

TEMPAT            : Surau Al-Amin

 

Kehadiran:

1

Sdr Shaari Mohamad

SHM-Pengerusi

2

Sdr Rusli Hj Mohd Darus

RMD-Setiausaha

3

Sdr Yussuf Arshad

YFA-Tim Pengerusi

4

Ustaz Mohamad Fuad Ishak

MFI

5

Ustaz Muhammad Subari Ramli

MSR

6

Sdr Jamil Mohd Baki

JMB

7

Sdr Rosli Kamiran

RKM

8

Sdr Mohd Zamri Hj Sujak

MZS

9

Sdr Razman Mohamad

RZM

10

Sdr Shaidi Kamaruddin

SHK

11

Sdr Awang Nor Jusoh

ANJ

12

Sdr Zakaria Othman

ZKO

 

Tidak Hadir

1

Sdr Harith Yaacob

HRY

2

Sdr Sidek Omar

SDO

3

Tn Hj Ahmad Nasaruddin

ANS

4

Sdr Raub Hj Salleh

RBS

5

Sdr Juraimi Selamat

JUS

6

Sdr Norzali Hj Nordin

NHN

7

Sdr Sahar Latif

SLF

8

Pn Salamah

SAL

9

Pn Faridah

FAR

 

BIL

ISI

TINDAKAN

 

 

 

1.0

Ucapan Aluan

Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua meminta semua membaca surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan.  Tuan pengerusi menyatakan mesyuarat kali ini lebih kepada perancangan persediaan sambutan bulan Ramadhan.

 

Info

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 5/2004 disahkan dan disokong oleh RKM.

 

Info

3.0

Laporan Kewangan

 

3.1

ANJ membentangkan kedudukan kewangan surau seperti berikut:-

Tunai      728.49  setakat 30/09/2004

BIMB       910.34  setakat 31/08/2004

Jumlah   1638.83

Info

3.2

RKM dimaklumkan untuk menyerahkan bil air kepada tuan bendahari.

RKM

3.3

Penandatangan akaun semasa BIMB surau masih belum dipinda.

ANJ

4.0

Laman Web Surau Al-Amin

 

4.1

Tuan pengerusi memaklumkan bahawa semua aktiviti surau dapat disemak di laman web surau di alamat http://al-amin.tripod.com

Info

5.0

Sambutan Israk Dan Mikraj

 

5.1

Tuan pengerusi melaporkan bahawa aktiviti sambutan Israk dan Mikraj yang dianjurkan berjalan dengan baik.

Info

6.0

Biro Kebajikan, Penyelenggaraan Dan Kebersihan

 

6.1

Tuan pengerusi masih belum menerima senarai peralatan yang perlu disediakan di Surau bagi menganggarkan jumlah budget.

Biro

7.0

Biro Dakwah Dan Pendidikan

 

7.1

Kuliah ilmu yang telah dirancang akan diteruskan seperti senarai di bawah:

Isnin         Hadith 40

Khamis      Bacaan Surah Yasin

Ahad         Kuliah Subuh

                Tafsir

KIV

7.2

Kuliah Feqah masih di dalam perancangan.

KIV

7.3

MSR memaklumkan bahawa naskah sulong Buletin Bulanan Surau sedang dirancang.

KIV

8.0

Biro Ekonomi Dan Pembangunan

 

8.1

TAG PENGENALAN untuk Sdr Hashim masih belum diadakan.

Info

8.2

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pelan asal Surau tiada di dalam simpanan Pengerusi JKKK tetapi ada pada Pemaju.  Tuan Pengerusi juga memaklumkan pihak JKKK ada merancang untuk membuat pembesaran Surau pada bahagian hadapan sebanyak 20 kaki lagi.

KIV

8.3

Taklimat berhubung dengan Skim Insuran Khairat Kematian ditangguhkan sehingga semua nama isi penduduk Desa Mahkota disenaraikan dan diserahkan kepada MSR. Perlu buat bancian untuk mendapatkan respon dari kariah Desa Mahkota.

KIV

9.0

Biro Remaja Dan Riadah

 

9.1

Tuan pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perkembangan yang sihat yang mana anak-anak ada datang bersolat di surau.  Diharap akan ada lagi rakan-rakan remaja yang lain mengikut langkah itu.

Info

9.2

RHS memaklumkan jika sukan ‘indoor game’ hendak dilaksanakan, penduduk DM perlu dimaklumkan secara menyeluruh dan satu budget perlu disediakan untuk penyediaan kemudahan asas seperti meja ping-pong, bola dan sebagainya.

KIV

9.3

SHK mencadangkan agar ibubapa dapat membawa anak-anak mereka ke Surau untuk memberikan pendedahan awal.

Info

10.0

Aktiviti Bulan Ramadhan

 

10.1

Mesyuarat bersetuju melantik imam dan bilal seperti berikut:-

Minggu 1          Ustaz Fuad/Imam Jamil

Minggu 2          Ustaz Subari/Sdr Zamri

Minggu 3          Imam Jamil/Sdr Rosli Kamiran

Minggu 4          Imam Harith/Sdr Sidek

Info

10.2

Perlu diadakan khemah dan RKM diarahkan untuk mengetuainya.

RKM

10.3

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat dengan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.  Tazkirah ringkas selepas rakaat 4 juga dipersetujui untuk diadakan.

Info

10.4

Tuan pengerusi mengarahkan pembelian 10 tin susu dan 2 bungkus teh untuk moreh.

RKM

10.5

Mesyuarat bersetuju untuk mengilirkan sumbangan moreh dari rumah dan meminta Sdr Setiausaha menyediakan Jadual dan surat siaran.

RMD

10.6

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan kuliah subuh setiap pagi Ahad dalam bulan Ramadhan nanti.

Info

10.7

Majlis berbuka puasa juga akan diadakan pada setiap hari Sabtu.  Juadah perlu dibawa sendiri.

Info

10.8

Bercadang untuk mengadakan Qiamullail pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Info

11.0

Lain-lain Hal

 

11.1

RKM memaklumkan bahawa kehadiran di dalam majlis Kuliah Subuh masih tidak memberangsangkan dan meminta agar semua AJK dapat mengimarahkan majlis tersebut.

AJK

12.0

Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:25 malam dan akan disambung pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

 

 

Info

 

 

 

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

   

 

 

 

 

 

RUSLI HJ MOHD DARUS

Setiausaha

 

 

 

 

 

 

SHAARI MOHAMMAD

Pengerusi