SURAU AL AMIN DESA MAHKOTA
KG. SUNGAI KEMBONG HILIR, BANGI
Ruj Kami: bil (7) dlm.
SADM/2004
11hb Oktober 2004
26 Syaaban 1425H
Semua Ahli Kariah
Surau Al Amin Desa Mahkota
Kampung Sungai Kembong Hilir
Assalamualaikum wbt,
Tuan-tuan dan puan-puan,
SEMBAHYANG
SUNAT TARAWIH DAN MAJLIS JAMUAN MOREH 1425H
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Bil 6/2004 Surau Al-Amin telah bersetuju untuk mengadakan
solat sunat tarawih bermula malam pertama sebelum puasa. Juga dimaklumkan bahawa
pada tahun ini Surau hanya akan membuat solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat berserta witir 3 rakaat dengan 2 salam.
Dilampirkan juga di sini jadual sumbangan moreh untuk rujukan tuan.
Kehadiran tuan-tuan/puan-puan amatlah diharapkan agar segala program yang diaturkan dapat dinikmati bersama
dan diberkati Allah.
Sekian, Wassallam.
Yang benar,
SHAARI MOHAMMAD
Pengerusi
Lamp.
RD/rd