BIL |
ISI |
TINDAKAN |
1.0 |
Ucapan Aluan
Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua kerana sudi datang
dan meminta semua membaca surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan. |
Info |
2.0 |
Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas |
|
2.1 |
Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 3/2006 disahkan oleh JMB dan
di sokong oleh RMD. |
Info |
3.0 |
Akaun Bank di BIMB Bandar Baru Bangi |
|
3.1 |
Penandatangan cek surau telah diperbaharui. |
SAL |
4.0 |
Sambutan Ramadhan |
|
4.1 |
Tuan pengerusi memaklumkan bahawa segala perancangan untuk aktiviti
di dalam bulan Ramadhan telah berjalan dengan lancer dan jayanya dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
yang terlibat. |
Info |
5.0 |
Kewangan Surau Al-Amin |
|
5.1 |
Kutipan derma dari rumah ke rumah telah dijalankan. |
Info |
5.2 |
Laporan cadangan penambahan dana surau. |
|
|
- Kutipan minimum sebanyak RM10 setiap sebuah
rumah. Tn Nazir memaklumkan bahawa had sumbangan tidak perlu ditetapkan semasa
kutipan agar tidak membebankan kariah. Sdr Khaidir menyatakan bahawa had kutipan
RM10 serumah adalah memadai berbanding keadaan ekonomi penduduk sekitar sekarang dan mencadangkan agar kutipan ini dapat diteruskan
dari semasa ke semasa.
- Mengemaskini data penduduk Desa Mahkota
dengan mengedarkan borang bancian penduduk – Masih belum dijalankan.
- Berikut adalah senarai ketua lorong untuk
tujuan kutipan. AJK yang lain diminta membantu sama.
Jalan 1 – Hj Nasa/Sdr Norazli
Jalan 3 – Hj Mat/Sdr Ramli Kamiran
Jalan 2/Utama – Hj Salamon/Sdr Jamil/Sdr Zakaria
Jalan 4/8 – Sdr Shaari Mohammad
Jalan 5 – Sdr Yusof/Sdr Sidik
Jalan 6 – Sdr Zamri
Jalan 7 – Sdr Rusli Mohd Darus
|
|
5.3 |
Sdr Salamon memaklumkan jumlah wang simpanan berbaki di BIMB adalah berjumlah RM139.15. |
AJK |
6.0 |
Projek Pembesaran Surau |
|
6.1 |
Tn Pengerusi memaklumkan bahawa kerja-kerja pembesaran surau telah siap sepenuhnya pada 22/10/2006. |
|
6.2 |
Pihak Surau telah menggunakan inisiatif sendiri dengan membelanjakan wang tabungan surau dan
sumbangan orang ramai untuk meyelesaikan pepasangan elektrikal yang tidak termasuk di dalam skop kerja kontraktor yang dilantik
pihak berkuasa untuk projek pembesaran surau seperti yang dimaklumkan oleh Tn Hj Mansor.
Sekali lagi Tuan Pengerusi merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan samada wang ringgit
ataupun tenaga untuk meyudahkan projek ini. Kerja-kerja yang terpaksa disudah
oleh pihak surau adalah kerja-kerja pendawaian letrik, pepasangan elektrikal lampu dan kipas, karpet, mengecat keseluruhan
bangunan dan menggantikan system PA yang rosak. Semoga semua mendapat keberkatan
dari Allah s.w.t. |
|
7.0 |
Sambutan Aidil-Adha |
|
7.1 |
Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan aktiviti-aktiviti berikut:-
23 Disember 2006, Sabtu
Bermula 09:00 a.m. :
Gotong royong membersihkan kawasan
30 Disember 2006, Sabtu
Bermula 09:00 p.m. :
Tadbir rumah ke rumah
(Tuan rumah diminta memaklumkan pihak surau selepas solat Isya’)
31 Disember 2006, Ahad
08:30 – 9:30 a.m.
: Sembahyang Sunat Aidil-Adha
(Jamuan Makan : Sumbangan juadah secara ‘pot luck’ dialu-alukan)
31 Disember 2006, Ahad
9:00 – 01:00 p.m.
: Majlis Korban (3 Ekor Lembu)
(Jamuan Makan : Sumbangan juadah secara ‘pot luck’ dialu-alukan) |
|
7.2 |
Khemah akan disediakan JKKK sempena pelancaran Perpustakaan pada 25 Disember 2006. |
|
7.3 |
Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan solat sunat hari raya di Surau dan diminta Tuan Pengerusi
memaklumkan kepada Ustad Fuad. |
|
7.4 |
Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan RM330 sebahagian untuk seekor lembu dan tarikh akhir
pendaftaran peserta adalan pada 25/12/2006. |
|
7.5 |
Berikut adalah senarai tugasan dan cadangan ketua semasa majlis korban.
Menyediakan Lembu – Sdr Shaari Mohammad
Mengikat –
Menyembelih – Sdr Rusli
Melapah – Sdr Salamon
Memotong –
Menimbang –
Mengagih –
Penyediaan Sup –
Minimum – |
|
8.0 |
Lain-Lain Hal |
|
8.1 |
Sdr Pengerusi memaklumkan bahawa pihak Perpustakaan akan mengadakan majlis pelancaran pada
25/12/2006. Pihak surau diminta membantu menjayakan program berkenaan. |
|
8.2 |
Sdr Salamon meyarankan agar satu program pengisian keimanan dapat diadakan bermula pada tahun
hadapan. |
|
8.3 |
Mesyuarat diminta untuk membincangkan isu kemudahan asas di surau pada mesyuarat akan datang. |
|
9.0 |
Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10:55 malam dan akan disambung pada tarikh dan masa yang
akan ditetapkan kemudian.
|
Info |