SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI, KAJANG, SELANGOR D.E.

MINIT 5/2006
Home
Archive
Ahli Jawatankuasa
Pegawai-pegawai Surau
Biro Kebajikan, Penyelengaraan dan Kebersihan
Biro Dakwah dan Pendidikan
Biro Ekonomi dan Pembangunan
Biro Remaja Dan Riadah
Religious Links
Hubungi kami

SURAU AL-AMIN, DESA MAHKOTA BANGI

MINIT MESYUARAT AJK BIL 5/2006

http://al-amin.tripod.com

 

TARIKH             : 27hb Disember 2006

MASA                : 9:15 p.m.

TEMPAT            : Surau Al-Amin

 

Kehadiran

1

Sdr Shaari Mohamad

SHM-Pengerusi

2

Sdr Yussuf Arshad

YFA

3

Sdr Rusli Hj Mohd Darus

RMD-Setiausaha

4

Tn Hj Mohd Salamon Mansot

SAL

5

Sdr Jamil Mohd Baki

JMB

6

Sdr Sidek Omar

SDO

7

Sdr Ibrahim Mohd Amin

IMA

8

Tn Hj Ahmad Nasaruddin

ANS

9

Sdr Rosli Kamiran

RKM

 

Turut Hadir

10

Sdr Mohd Idris Hashim

MID

11

Sdr Shamsil Omar

SHO

 

Tidak Hadir

1

Tn Hj Anuar Hj Mohd Ariff – Nazir Masjid Sg Kembong Hilir

AMA

2

Tn Hj Mansor Hj Abd Latip

HML

3

Ustaz Mohamad Fuad Ishak

MFI

4

Sdr Awang Nor Jusoh

ANJ

5

Ustaz Muhammad Subari Ramli

MSR

6

Sdr Harith Yaacob

HRY

7

Sdr Mohd Zamri Hj Sujak

MZS

8

Sdr Shaidi Kamarudin

SHK

9

Sdr Zakaria Othman

ZKO

10

Sdr Norzali Hj Nordin

NHN

11

Sdr Razman Mohamad

RZM

12

Sdr Juraimi Selamat

JUS

13

Sdr Raub Hj Salleh

RBS

14

Pn Salamah

SAL

15

Pn Faridah

FAR

 

BIL

ISI

TINDAKAN

1.0

Ucapan Aluan

Tuan Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran semua kerana sudi datang dan meminta semua membaca surah al-fatihah sebelum mesyuarat dimulakan.

 

Info

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

 

2.1

Minit mesyuarat Surau Al-Amin Bil 4/2006 disahkan oleh JMB dan di sokong oleh YFA dengan pindaan berikut:-

Item 5.3 – Ditambah ‘Tunai di tangan sebanyak lebih kurang RM1800-00’

Item 5.2 (3) – Pembetulan ‘Jalan 5/6 – Sdr Yussuf/Sdr Sidek’ dan dibuang ‘Jalan 6 – Sdr Zamri’

Info

3.0

Kewangan Surau Al-Amin

Info

3.1

Baki di BIMB – RM139.15 sehingga 30/11/2006

 

3.2

Baki tunai di tangan – RM1800.00 ++

 

3.2

Laporan cadangan penambahan dana surau.

 

 

  1. Kutipan dari rumah ke rumah perlu diadakan dan akan dijalankan oleh ketua lorong seperti dibawah.

                    Jalan 1 – Hj Nasa/Sdr Norazli

                    Jalan 3 – Hj Mat/Sdr Ramli Kamiran

                    Jalan 2/Utama – Hj Salamon/Sdr Jamil/Sdr Zakaria

                    Jalan 4/8 – Sdr Shaari Mohammad

                    Jalan 5/6 – Sdr Yussuf/Sdr Sidek

                    Jalan 7 – Sdr Rusli Mohd Darus

  1. Mengemaskini data penduduk Desa Mahkota dengan mengedarkan borang bancian penduduk – Sdr setiausaha diminta menyediakan borang.

 

4.0

Sambutan Aidil-Adha

 

4.1

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan aktiviti-aktiviti berikut:-

23 Disember 2006, Sabtu

Bermula 09:00 a.m.       : Gotong royong membersihkan kawasan

30 Disember 2006, Sabtu

Bermula 09:00 p.m.       : Tadbir rumah ke rumah

(Tuan rumah diminta memaklumkan pihak surau selepas solat Isya’)

31 Disember 2006, Ahad

08:30 – 9:30 a.m.          : Sembahyang Sunat Aidil-Adha

(Jamuan Makan : Sumbangan juadah secara ‘pot luck’ dialu-alukan)

31 Disember 2006, Ahad

9:00 – 01:30 p.m.          : Majlis Korban (3 Ekor Lembu)

(Jamuan Makan : Sumbangan juadah secara ‘pot luck’ dialu-alukan)

Info

4.2

Sdr Zakaria bersetuju untuk menyediakan khemah.

SHM

4.3

Ustad Fuad bersetuju untuk mengimamkan sembahyang sunat Aidil-Adha dan Sdr Jamil sebagai Bilal.

 

4.4

Sdr Pengerusi memaklumkan setakat ini sudah 3 ekor lembu sudah disahkan dan lembu ke 4 masih memerlukan 5 bahagian peserta lagi.  Di minta semua dapat mewar-warkan kepada jiran ataupun rakan pejabat agar kuota dapat dipenuhi.  Sdr Ibrahim menawarkan diri untuk membuat notis pemberitahuan.

 

4.5

Berikut adalah senarai tugasan dan cadangan ketua semasa majlis korban.

  1. Menyediakan Lembu – Sdr Shaari Mohammad

- Memastikan stok lembu mencukupi. (4 Ekor)

  1. Mengikat/Menumbangkan – Tn Hj Mohd Salamon

- Diminta menyediakan tempat untuk mengikat lembu setelah dihantar ke Surau.

  1. Menyembelih – Sdr Rusli Darus

- Diminta memaklumkan kepada Sdr Azlan untuk menyembelih seperti tahun-tahun lepas.

  1. Melapah – Tn Hj Mohd Salamon

- Diminta menyediakan pisau yang secukupnya.

  1. Memotong – Imam Jamil

- Diminta menyediakan peralatan kasar seperti kapak untuk memotong tulang.

  1. Menimbang – Sdr Yussuf

-          Diminta menyediakan peralatan timbang. 

-          Dipersetujui 1Kg sebahagian.

-          Menyediakan 3Kg sebahagian untuk peserta korban.

-          Menyediakan 2Kg seekor untuk Tukang Sembelih.

-          Plastik akan disediakan oleh Sdr Rusli Darus

  1. Mengagih – Sdr Shaari

-          Ketua lorong dipertanggungjawabkan untuk mengagih kepada rumah-rumah di lorong mereka.

-          Diminta menyimpan lebihan daging di kedai Sdr Rosli Kamiran

-          Sdr Rusli Darus diminta menyediakan senarai rumah

  1. Mengemas – Sdr Shamsil

-          Dua Lubang akan dibuat pada Sabtu 30/12/2006 dan sedikit perbincangan akhir akan diadakan. 

-          Diminta semua hadir untuk membantu sehingga selesai.

  1. Minumam/Sup Tulang – Sdr Ibrahim

-          Diminta mencari tukang masak dan bahan-bahan yang perlu.

-          Diminta menyediakan semua peralatan dapur 2 set.

-          Sdr Shaari akan menyediakan 1 set dapur.  Sdr Ibrahim diminta menyediakan 1 set lagi.

 

 

4.6

Tuan Pengerusi meminta semua yang terlibat dapat bekerja sehingga semuanya selesai dan jangan ada periuk-periuk yang terlantar belum dibasuh berhari-harian.

 

5.0

Lain-Lain Hal

 

5.1

Sdr Pengerusi memaklumkan bahawa Sdr Sidek Omar rumah No 70 Jalan 6 akan mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat pada 28/12/2006 selepas Solat Isyak.  Semua Dijemput. 

 

5.2

Sdr Salamon meyarankan agar satu program pengisian keimanan dapat diadakan bermula pada tahun hadapan.

 

5.3

Mesyuarat diminta untuk membincangkan isu kemudahan asas di surau pada mesyuarat akan datang.

 

6.0

Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:00 malam dan akan disambung pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

 

 

Info

 

 

 

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

RUSLI HJ MOHD DARUS

Setiausaha

SHAARI MOHAMMAD

Pengerusi